Tutorial Membuat Barut

Kali ni saya update baru untuk tutorial kali nih..sorilah lambat skit nak update
Mula2 lipat kain dua lapis dan ambil ukuran kain secara menegak 7" dan melintang 20"
Potong mengikut ukuran yang telah ditanda tadi (seperti gambar diatas)
Lepas tu lipat kain bahagi dua dan tandakan 2" secara menegak dan 21/2" secara melintang..buat separa bulatan
Lepas tuh gunting separa bulatan yang ditanda tadi
Kain yang telah dipotong
Dan bila buka lipatan tadi akan kelihatan seperti gambar diatas..(dah siap dipotong)

Sesi untuk menjahit plak..
Jahit kain dari sebelah dalam (wrong side) setiap penjuru mengikut basi jahitan ¼" sahaja..dan pastikan
tinggalkan ruang dalam 1" untuk terbalikkan kain kesebelah luar/bercorak (right side)
'snapkan disetiap penjuru kain dan dibahagian separuh bulatan supaya bila terbalikkan kain akan mengikut bentuk yang telah kita jahit dengan kemas..
Terbalikkan kain kepada "right side"
Kain yang telah diterbalikkan..
Gosok kain yang telah diterbalikkan tadi supaya kemas..
Setelah siap digosok..jahit disetiap keliling kain untuk kelihatan lebih kemas..(pastikan bahagian untuk terbalikkan kain tadi pun dijahit yer..)
Potong velco (betul ke ejaan tuh) dalam 6.5" dan jahit di penjuru kain secara menegak (seperti gambar diatas)

Lepas tuh potong tiga keping velco yang bahagian berbulu (lembut) sebanyak 3 keping..dalam 5.5" dan jahit secara melintang dan bagi dijahit sama rata
Tada..nilah gambar setelah siap jahit velco pada kain tadi..maka siaplah barut kita..
Barut yang telah siap dijahit (dari bahagian hadapan)
Dari pandangan bahagian belakang..
(ops utk barut yang saya jahit nih..saya tak jahit pun disekeliling penjuru..so untuk lebih kemas n cantik pesanan saya better jahit disetiap penjuru)
So pada saper2 yang nak buat barut sendiri boleh lah ikut tutorial yang saya buat ini n kalu tak faham n kurang jelas boleh lah bertanya pada saya..(jgn malu jgn segan..selagi saya boleh jawab saya akan jawab..hehehehe)…

arghhhhh...frust giler konon nak guna word blog tapi cam hampeh..gambar tak masuk plak..sori yer kawan2 nanti saya upload gambar...
ok..saya dah upload gambar untuk dijadikan panduan..hehehe..akhirnya..berjaya juga saya post tutorial ini...alhamdulillah..

1 comment:

Anonymous said...

biasanya untuk buat barut baby ni guna kain cotton biase je ke?